BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, October 31, 2010

Jangan Takut Kahwin Awal!


Nota : Bagaimana seorang pelajar tahun akhir Universiti yang hampir bunuh diri kerana depresi setelah ditinggalkan kekasih mengubah kehidupannya 180 darjah menjadikannya insan yang paling bahagia di muka bumi ini dengan perkahwinan di usia awal. Berikut adalah coretan terus dari hati dan mata pena beliau tanpa sebarang editing…

Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar. Jadi, Mengapa berkahwin? Kalau ikut kata mak ayah, “Nak bagi bini makan apa? Pasir?”

Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami “declare”, untuk bersedia untuk berkahwin. Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain. Kecewa? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri. Saya mengalami depression di maa saya disconnect dengan dunia luar.

Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang. Pada mulanya, saya ingat sekadar “cinta rebound”, tapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin. Pada mulanya, saya ingat satu gurauan. Akhirnya si dia berani call ayah saya, dan minta izin untuk berkahwin, kerana takut kehilangan saya lagi.

Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar, tahun 1 peringkat ijazah. Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya Cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian. Ayah saya bersetuju, dan memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali. Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.

Simple bukan? Kenapa perlu pening??? Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda. Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, rate hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?

Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K. Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu, da bukan cara Islam. Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki? Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk Disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.

Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba satu. Hantaran, majlis, belum baju, pelamin. Tapi cuba fikir, perlu tidak? Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru. Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada? Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan. Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang.

“Seganlah. Nanti orang kata apa.” .. “Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran”. Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah. Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama. Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah. Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500. Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.

Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar? Harga lampin pakai buang? Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting? Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah. Pening!! Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.

Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram. Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dulu. Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal. Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri. Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.

Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda. Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta. Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri. Buat apa menyusahkan suami? Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya),untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.

Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima. Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda. Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda. Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.

Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa. Berkahwinlah! Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.

Maksud firman Allah swt: “Dan kahwinlah orang-orang bujang diantara kamu dan orang-orang yang layak berkahwin dari hamba yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin,Allah swt akan memberikan kemampuan kepada mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas pemberiannya lagi Maha Mengetahui”(Surah AN-Nur:32)

p/s: Perkahwinan adalah ibadah.Yakinlah dengan janji Allah,selagi kamu beriman kepada-Nya.Jika kamu menolong agama Allah,nescaya Allah akan memudahkan perjalanan hidupmu...^^


Read more...

Thursday, October 28, 2010

Jalan2 Makan2^^



pagi sabtu lepas,tgh duk srpan sedkit roti bakar kt blik member, tibe2 ade 1 kwn ni ajk p mandi sungai..iye2 je die ni..cm x crius je..aku pon buat dono je cdgn die tu..xlame pastu, dia p ajk jiran bilik lak..diorg stuju je..xjd ni, aku kena p gak ni..lnts aku mengofferkn diri menyertai xtvt perkelahan yg dirncg scr tiba2 tu..hehe...

nk dijadikan cerita, pkul 11lebih,kitorg bertolak p...kitorg singgah econsave lu...beli ayam,,,daging kambing...ikan keli,,,,udang...dan sosej...uih,mmg gempak abeh kitorg punye menu..best2,,pastu,kitorang mula mengorak lgkah menuju ke air terjun sungai gabai...piyuuu..^^

sampai je kt sane, ujan trun dgn lebatnye,,,tp nseb baek ade tmpt yg baek punye utk hidopkan bara,,,terBBQ jgak akhirnye mknn kitorg,,,kitorg pon bermandi manda smpi la pkul 5...mmg lame...tp byk masa dihabeskan utk mknn kitorg yg cambest tu..hehe...papepon,hjg mnggu ni mmg best bile dapat menghabeskn masa bersama2 dgn member2..^^


sampai2 je,trus kena exercise...naek tgga dia,punye la byk anak tngga,,,
penat jga..hoho,,

aktiviti bakar membakar dimulakan...huuhh


rehat jap sambil bergambar....ambil tenaga nak bakar ayam pasni..hehe



mkanan tengahri kitorg..eh,t/hari k? rsenye time ni dah pkul 4 lebih kot...huhu



w/pon brd jauh di sungai gabai,namun doa makan tetap kitorg xlupe...
bace doa dlu sebelom makan,bru rzki kite diberkati Allah..^^



p/s: teringin ag nak p jalan same2...tinggal setahun lagi sebelum kita berpecah menuju ke haluan masing2,,,^^


Read more...

Sunday, October 24, 2010

Jangan bersedih!


jangan sesekali bersedih! sebab kehidupan anda yang sebenarnya adalah kebahagiaan yang anda rasakan dan ketenangan yang anda nikmati.

jangan sesekali bersdih! sebab ubat tidak akan dapat membantu anda untuk menghilangkan kesedihan anda. hanya ahati anda yang dapat menenangkan segala gelora perasaan dan kelapangan jiwa anda yang dapat menghilangkan terpaan kesedihan.

jangan sesekali bersedih! sebab anda memiliki kekuatan doa. Allah tidak menyukai orang yang selalu bersedih. perbaikilah kedudukan anda di pintu Rahmat-Nya. anda memiliki sepetiga malam untuk berdoa kepadaNya dan anda memiliki waktu yang begitu dekat denganNya iaitu ketika anda sujud.

jangan bersedih! sebab sakit yang dideritai pasti akan ilang, tubuh yang cedera akan sembuh, segala dosa akan diampuni, segala hutang akan terbayar, semua yang tertawan akan dilepaskan, semua yang hilang akan diganti, semua yang bermaksiat akan bertaubat dan semua yang miskin akan kaya.

jangan bersedih! pernahkah anda lihat wat hitam bagaimana ia menghilang, malam yang gelap berubah menjadi terang benderang, angin puyuh boleh menjadi tenang dan badai boleh menjadi teduh. Oleh sebab itu, segala kesusahan akan berganti dengan kelapangan dan jiwa yang merindu akan tenang.

Jangan bersedih! sinaran cahaya matahari akan menghilangkan kegelapan, tenggorok yang kering akan hilang hausnya dengan air yang segar, rasa lapar yang memberontak akan tenang dengan suapan nasi, tubuh yang letih akan kembali segar dengan tidur nyenyak dan rintihan sakit akan hilang dengan kesembuhan. semuanya akan berakir. tugas kita hanya bersabar dan bersabar, menunggu sebentar dan segalanya akan berubah.

Wahai Yng Maha Esa, Wahai Tempat Meminta, Wahai Yang Maha Mulia, Wahai Yang Maha Hidup, wahai Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, hamba memohon kepada Mu agar segala kegundahan, kegelisahan dan kesedihan hilang. Ya Allah, kami berlindung kepadaMu daripada kesusahan, permasalahan hidup, kehinaan dan kemiskinan. Maha Suci Engkau Ya Allah, aku bersaksi tidak ada tuhan selainMu dan aku memohon keampunanMu dan bertaubat kepadaMu. Selawat dan salam buat junjungan kita Nabi Muhammad.

sumber: Buku 'supaya gelisah bernilai ibadah'

p/s: jangan bersedih..Allah sentiasa bersama dengan kita..^^


Read more...

Thursday, October 21, 2010

Kucing Terpanjang?

Hehe...entri kali ni pasal kucing...tengah duk bace kosmo pagi tadi,tiba ternampak berita tentang kucing terpanjang...uih,memang panjang betul..tak boleh dinafikan lagi..tapi bile tengok2 balek, nampak cam x comel plak kalau kucing panjang macam tu..huhu

**********************************

LAS VEGAS - Seekor kucing yang berusia lima tahun telah memecahkan rekod dunia Guinness sebagai kucing domestik paling panjang di dunia. Kucing tersebut yang diberi nama Stewie diukur dari hujung hidungnya ke hujung ekor sepanjang 1.23 meter.

Rekod kucing terpanjang sebelum ini adalah 1.21 meter.

Pemilik Stewie, Robin Hendrickson dan Erik Brandsness dari Reno, Nevada, memberitahu, ramai orang terpegun dengan kepanjangan kucing itu.

sumber:kosmo

p/s: ada gak impian nak memiliki kucing kat rumah sendiri nanti...tak pon bukak cat world..hehe^^


Read more...

Sunday, October 17, 2010

Perjalanan Mencari SD?


SD?ape tu..hehe..tu nama tmpt,,saujana damansara..pernah dengar?ada apa kt sna?-pejabat stormreaders...^^..Khamis,14/10/2010..uhu,,,ni lah kali pertama saya berpeluang untuk menjejakkan kaki melanngkah ke headquartes Stormreaders. setelah sekian lama menyimpan impian, terlaksana sudah dengan susah payahnya mencari jalan menuju destinasi...

**************************************************************************

pagi khamis, tiba2 terdetik di hati nak menjenguk pejabat stormreaders. seorang kawan dijemput untuk turut serta..lantas dia bersetuju. cuba2 tengok alamat stormreaders, saujana damansara?uih,kat mane tu,,.saya cuba bertanya dengan semua orang yang ade,,semua cakap xtaw..ade yang cakap macam pernah dengar,tapi xtaw jalan...uhu...cane ni?

oleh kerana sekarang zaman teknologi, saya cuba bertanya dengan pakcik google.yes!jumpa..tapi bile tengok petanya,uih,kat mane nie ye?-tetap konpius..huhu...pikir punye pikir, tetapkn keputusan, nak try dulu..jumpe ke x jumpa,tu laen cerita...ok,set...pukul 3 gerak!

tepat pukul 3, perjalanan mencari saujana damansara bermula. kami maen masuk je jalan mane2,,dah jumpe macam2 signboard dah..huhu...akhirnye berhenti jap kt stesen minyak-bukan nak isi minyak-tapi nak tanya jalan..kata orang malu bertanya sesat jalan...jadi sebab xmau sesat,kami bertanya.."kat mane jalan nak ke saujana damansara?"itulah soalan yg aku lemparkan, lebih 5 kali kot aku tanya orang2 kat sna...mcm2 stesen minyak aku singgah...petronas,shell,esso..bleh kate sume stesen minyak aku terjah...tp semuanya berikan jawapan yang menghampakan..."tak tawlah"-"xpenah dgr pon name tmpt 2?"-huh?aku mula pelik...awat cam sume org xtaw tmpt ni..cam tmpt ni xpnh wjud kt alam ni...huhu...

perjalanan ttp diteruskan w/pon aku dah mula rase gelisah dan lemah semangat..jam dah mula menunjukkan 4 lebih..kami berhenti lagi kat stesen minyak..aku mula bertanya...tapi kali ni aku tanyakan kat mana jalan kuala selangor?p.cik tu bagi arahan itu ini dan begitu begini...time ni azan asar mula berkumandang...aku call pejabat stormreaders, tanya bila waktu last bleh berurusan..-5.30ptg!-ok,still ade mase...perjalanan diteruskan..

jalan punye jalan,dan kami berhenti pula kat stesen petronas...aku nampak sorg brother pakai bju raihan,,,dan aku cam terdetik nak tanya dia je..nampak cam baek je brother ni..emm..xpelah,,aku p tnya kt kaunter dulu.."kak,kat mane jalan nak ke saujana damansara?"-tibe2 kak tu passing soklan tu kat brother berbaju raihan tu, n abang tu ape lagi, dengan konpiden nya memulakan bagi arah jalan bagai seorang pensyarah yang sedang menyampaikan kuliah kepada pelajarnya-besemangat dan meyakinkan!-itu ape yg aku nmpk dr brother tu,..

akhirnya ada jgak insan yang taw akan tempat ni..rupanya, menurut ape yg brother tu cakap, saujana damansara ni tempatnya di dalam damansara damai..oo...cmtu k?kami bergerak mengikut arahan yg telah diberi..Alhamdulillah,tepat pkul 5.15,akhirnya kami jumpa jgak tempatnya...happy..setelah 2jam mencari,akhirnye ketemu jua..^^

dan aku pon berurusan di pejabatnya...segala buku2 yg telah diorder, aku beli..puas hati bile tengok buku2 yg dbeli ade kt depan mata..penat mmg penat...tp ape pon sangat berpuas hati...n malam tu,lebih kurang pukul 9.35 mlm, akhirnya kami tiba kembali di maktab..alhamdulillah,selamat perjalanan pergi dan pulang..^^

p/s: apa yg penting,kalau nak dapatkn sesuatu, jangan mudah putus asa,,,usaha dulu...usaha tangga kejayaan..Allah suka orang yang berusaha...man jadda wajada, man zara'a hasoda^^


Read more...

Monday, October 11, 2010

::Luahan Hati::

Pertama kali ku dengar suaramu
Sayunya hatiku merindui dirimu
Walaupun belum kita bersua muka
Namun aku telah jatuh cinta

Pertama kali ku bertemu denganmu
Hatiku terpaut melihat senyumanmu
Aku mengharap engkau menerimaku
Kerna aku bersedia menyintaimu

Akan ku renang lautan yang berapi
Membuktikan kehebatannya cinta ini
Tetapi jika kau meninggalkan aku
Terhiris hati ini terguris jiwa ini
Menangis tak berlagu

Biarpun ombak yang merubah pantai
Kasihku takkan hancur berderai
Biarpun hari berganti hari
Dirimu tetap ku nanti

Sayangku pimpinkan tanganku
Menuju mahligai bahgia
Kita bersama nikmati kisah cinta
Hidup bagaikan di syurga
oh kasih

::cambest gak kadang2 lagu ni...hehe=)



Read more...