BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, December 9, 2010

Salam Maal Hijrah


Sudah beberapa hari m3 menyepi dari dunia blog. mungkin belum terlambat kiranya untuk m3 mengucapkan salam maal hijrah untuk semua muslimin n muslimat. Ya, tahun baru menjelma lagi, semakin hari, semakin bertambah usia, semakin bertambah pengalaman hidup didunia ini,tapi adakah amalan kita turut bertambah?? bagaimana dengan taqwa kita?? adakah sudah bersdia untuk menghadapi hari2 yang mendatang, hidup di alam yang kekal selamanya??

Hijrah!
membawa seribe pengertian yang penuh makna kepada kita.

Perempuan, tutup lah aurat yg selalu terdedah untuk tatapan umum, jnagan dibiarkan maruah anda dihina sehina2nya. usah berpakaian ketat, sendat, mneghairahkan mata2 sang lelaki yang sering mengharapkan belas ihsan daripada perempuan spy pelihara auratnya dengan sebaiknya. Namun, x dinafikan, seharusnya permpuan2 yng menjadi pemimpin dahulu berubah, kemudian diikuti rakyat jelata.
BerHIJRAHlah!

Lelaki, besar tanggungjawabmu dalam membesarkan keluarga, yakni menjadi baitul islam,.keluarga yang menmbesar dengan nilai2 islam..belajarlah bagaimana untuk menjadi nakhoda islami,untuk sama2 melayari lautan yang luas dengan ombak yang mengganas,.lautan yang dipenuhi dengan jerung yang sentiasa ghairah untuk membaham mangsanya ke dalam lautan api..jangan biarkan isteri n anak2 menjadi mangsa!...selain itu, selagi belum diikat melalui syarak yakni pernikahan, jangan lah menyentuh n berpegangan tangan dengan bukan mahram, sedangkan pegang babi lebih elok daripada pegang tangan bukan mahram, kerana pegang tangan bukan mahram itu HARAM sedngkan pegang babai tidak HARAM, cuma diwajibkan samak. berbeza kan?
Kutiplah ilmu2 sebanyaknya dimuka bumi Allah ini.
BerHIJRAHlah!

Pemimpin, tak kira pemimpin untuk kerajaan, pemimpin sesuatu oragnisai malah pemimpin untuk kelas sekalipun,usah dibiarkan nafsu bermaharajalela. laksanakan amanah yang diberikan dengan seadil2nya. kerana amanah yang dipertanggungjawabkan itu akan dipersoal di hari kebangkitan kelak.
BerHIJRAHlah!

p/s: moga kita sama2 dapat berHIJRAH, dengan menjadi lebih baik daripada sebelumnya, dalam menharapkan keredhaan ALLAH..=D

0 comments: