BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, August 29, 2012

.::Pengalaman Mengajar Erti Hidup::.

Inilah yang dikatakan sesetengah orang, pengalaman mengajar kita..beza  antara sekolah  dengan kehidupan kita? Disekolah, kita diajar dan kemudian diberikan ujian, tetapi dalam hidup, kita diberikan ujian supaya dapat diambil pengajaran^^


Read more...

Tuesday, February 8, 2011

3 Bulan yang memenatkan.....


uhu..dah lame xupdate blog..sejak ari 2, rase cam dah malas nk tulis blog nie..tp kdg2 rse rindu gak nak blogging..hehe..

hari ni, dah hari kedua ade kat SK BANDAR TEKNOLOGI KAJANG untuk praktikum kali 3..kali ni, 3 bulan plak..huh,lame tu..lmbtnye hari last..haha

first day, pagi2 tu p jumpa guru besar lu..sembang2..banyak la jgak kata-kata n nasihat yang berguna dilemparkan kepada kami..memang pagi tu, x p perhimpunan, sebab kitorg p jumpa guru besar dulu..best2..hehe..

guru besar pesan, buku rekod, pastikan sentiasa siap dan ready sebelom hari mengajar...even lecturer datang ke tak, kitorang kena pastikan buku rekod dilakar dan ditulis sepenuhnya, sebab kitorg pon masih lagi dalam latihan..jadi semua nya kena buat sehabis baik..hhuhu..

guru besar cakap lagi, masa mengajar xleh pukul2 budak, jgn cederakan budak kerana zaman kini berbeza dengan time2 muda dulu..klu budak kena pukul skolah, balek rumah, mak ayh plak pukul bdak tu..kerjaya guru dulu mmg sgt dihormati..berbeza dngan skrg..zaman dah berubah...uhu..time mengajar tu, guru besar cakap, kite kena anggap anak orang lain tu macam anak kita,,,eh,m3 xkawen lagi, cane nak ade anak?haha..=P

lagi pesan guru besar,ime megajar tu,kena ikhlas,,dalam hati kita, kita tanamkan tekad, memang kita nak jadi cikgu, memang kite betol2 nak memanusiakn manusia..huh,satu tugas yang sukar tu..

ape2 pon, m3 harap praktikum kai ni, m3 dapat tempuhi dengan lancar dan baik-baik saja..nie lah praktikum terakhir, dan ni je la peluang untuk improve drp yg tahun lepas..cahiyok2..uhu~~

p/s: xsabar nak tunggu 29 april,last day..hehe...=D


Read more...

Thursday, December 9, 2010

Salam Maal Hijrah


Sudah beberapa hari m3 menyepi dari dunia blog. mungkin belum terlambat kiranya untuk m3 mengucapkan salam maal hijrah untuk semua muslimin n muslimat. Ya, tahun baru menjelma lagi, semakin hari, semakin bertambah usia, semakin bertambah pengalaman hidup didunia ini,tapi adakah amalan kita turut bertambah?? bagaimana dengan taqwa kita?? adakah sudah bersdia untuk menghadapi hari2 yang mendatang, hidup di alam yang kekal selamanya??

Hijrah!
membawa seribe pengertian yang penuh makna kepada kita.

Perempuan, tutup lah aurat yg selalu terdedah untuk tatapan umum, jnagan dibiarkan maruah anda dihina sehina2nya. usah berpakaian ketat, sendat, mneghairahkan mata2 sang lelaki yang sering mengharapkan belas ihsan daripada perempuan spy pelihara auratnya dengan sebaiknya. Namun, x dinafikan, seharusnya permpuan2 yng menjadi pemimpin dahulu berubah, kemudian diikuti rakyat jelata.
BerHIJRAHlah!

Lelaki, besar tanggungjawabmu dalam membesarkan keluarga, yakni menjadi baitul islam,.keluarga yang menmbesar dengan nilai2 islam..belajarlah bagaimana untuk menjadi nakhoda islami,untuk sama2 melayari lautan yang luas dengan ombak yang mengganas,.lautan yang dipenuhi dengan jerung yang sentiasa ghairah untuk membaham mangsanya ke dalam lautan api..jangan biarkan isteri n anak2 menjadi mangsa!...selain itu, selagi belum diikat melalui syarak yakni pernikahan, jangan lah menyentuh n berpegangan tangan dengan bukan mahram, sedangkan pegang babi lebih elok daripada pegang tangan bukan mahram, kerana pegang tangan bukan mahram itu HARAM sedngkan pegang babai tidak HARAM, cuma diwajibkan samak. berbeza kan?
Kutiplah ilmu2 sebanyaknya dimuka bumi Allah ini.
BerHIJRAHlah!

Pemimpin, tak kira pemimpin untuk kerajaan, pemimpin sesuatu oragnisai malah pemimpin untuk kelas sekalipun,usah dibiarkan nafsu bermaharajalela. laksanakan amanah yang diberikan dengan seadil2nya. kerana amanah yang dipertanggungjawabkan itu akan dipersoal di hari kebangkitan kelak.
BerHIJRAHlah!

p/s: moga kita sama2 dapat berHIJRAH, dengan menjadi lebih baik daripada sebelumnya, dalam menharapkan keredhaan ALLAH..=D


Read more...

Saturday, December 4, 2010

Kredebiliti Kerajaan Tercalar lagi


1. Semua orang boleh faham bagaimana harga minyak di pasaran antarabangsa kini naik mendadak ekoran beberapa keadaan yang menyumbang ke arah itu seperti peperangan dan ancaman kepada laluan dagang yang melibatkan laluan eksport minyak. Tanpa dinafikan juga peranan kuasa besar dunia yang senantiasa manipulasi prestasi ekonomi dunia dengan kuasa politik mereka untuk terus menguasai empayar ekonomi dunia terutama dalam sektor aliran bahan mentah dunia seperti minyak dan sekaligus menekan negera - negara lemah yang sedang membangun.

2. Namun bagi sebuah kerajaan terlebih dahulu mesti mempunyai rancangan yang komprenhensif agar bukan sahaja negara tidak tewas dalam manipulasi ekonomi tersebut sekaligus tidak mengainaya rakyat yang menjadi pengguna secara langsung . negara mesti memiliki penampan yang kukuh bagi mengelak negara terseret dalam kancah " kekecohan ekonomi " dunia . Terkini melibatkan lonjakan harga minyak di pasaran dunia.

3. Penampan yang saya maksudkan boleh dilihat dalam beberapa aspek . Antara yang penting juga ialah bagaimana negara atau kerajaan yang memerintah dan mentadbir mengurus pegangan pembendaharaan negara dengan cermat , jimat dan bistari agar keupayaan hasil negara tidak lenyap dan hangus begitu sahaja ekoran terbuang pada projek mega yang tidak bermanafaat dan pembaziran pada perlaksanaan projek yang tidak diurus secara bijak dan berhemah .

4. Negara kita begitu banyak sekali kes - kes pembaziran yang melibatkan jutaan ringgit dan ini boleh dirujuk semula kepada laporan audit negara yang jelas menunjukkan urus tadbir kewangan negara sangat banyak kepincangan yang berpunca dari nafsu rakus dan tidak teliti dalam mengurus dana negara .

5. Sebagai contoh peruntukan jutaan ringgit melalui bajet negara pada institusi atau projek yang tidak mendatangkan hasil lumayan serta manafaat kepada rakyat terbanyak .

6. Kerajaan sewajarnya mengamalkan dasar jimat cermat yang serius bukan sekadar berjalan kaki ke Parlimen sehari sebagai gimik tidak mahu menggunakan minyak yang naik harga sedang hari - hari yang terpaksa pula menggunakan kenderaan justeru ia satu keperluan yang tiada siapa mahu mempertikaikannya.

7. Jimat cermat dalam semua aspek pengurusan dana negara akan menghasilkan tabungan yang memadai untuk mengekang kenaikan harga minyak meskipun dunia berdeppan dengan kenaikan tersebut dan ia memberi keselesaan dan keutamaan kepada rakyat . Sesuailah dengan slogan rakyat di dahulukan , Jika ini situasinya , maka bukan rakyat didahulukan tetapi rakyat yang kena dulu .

8. Kerajaan sewajarnya sedar , rakyat awam tidak mampu mengekang kenaikan harga minyak dan juga akhirnya kenaikan harga barangan keperluan yang lain jika kerajaan tidak bersedia menampung bagi pihak mereka . Bukankah hasil mahsul negara adalah anugerah Allah untuk dinikmati oleh seluruh penduduk negara ini ? sementara kerajaan diberi mandat melalui pilinhanraya hanya untuk menjadi pentadbir dan pengurus yang bijak dan pintar terhadap hasil mahsul tersebut, supaya rakyat tidak terus terbeban dengan kenaikan harga minyak ini .

9. Jika kerajaan gagal untuk menampung bagi pihak rakyat dan menampan tekanan atau kekangan kenaikan harga minyak di peringkat antarabangsa , maka rakyat akan dihimpit derita dan sengsara . Bukan kerana mereka menjadi mangsa kepada lonjakan harga minyak dipasaran dunia tetapi mereka menjadi mangsa kepada kerajaan yang mereka pilih kerana menghabiskan dana negara sehingga tidak mampu untuk menampung bagi pihak rakyat agar mereka tidak perlu membayar harga minyak yang tinggi sebagai pengguna . Sementelah pula kenaikan harga minyak itu kelak akan membawa risiko kenaikan harga barangan keperluan yang lain . Akhirnya rakyat yang miskin terus tertindas.

10. Dana tampungan atau tampanan yang saya maksudkan itu selayaknya tidak dibaca sebagai subsidi sebagaimana sebelum daripada ini . Kerana sememangnya dana yang terhasil dari perolehan negara itu menjadi hak rakyat atau rakyat berhak menikmati dana tersebut agar mereka tidak perlu membayar harga minyak dan barang keperluan lain dengan harga yang jauh mengatasi kadar pendapatan mereka. Malangnya dana atau tabungan itu tidak wujud kerana ia hangus dan terbuang begitu sahaja ekoran salah urus dan silap tadbir , lalu kerajaan terpaksa menaikan harga minyak .

11. ..... atau kenaikan harga minyak ini sememangnya dirancang oleh kerajaan kerana mereka mahu mengelak dari beban dan tanggungjawab yang sepetutnya mereka galas sebagai sebuah kerajaan , sebaliknya rakyat pula terpaksa menanggung. Secara jujurnya saya minta supaya kerajaan UMNO dan BN mencontohi bagaimana kerajaan Pakatan rakyat mengurus kewangan negeri yang mereka kuasai sehingga mendapat pujian ketua audit negara . Bukan sahaja pandai dan bijak mengurus tetapi berani berjimat dan cekal mengambil langkah cermat biarpun berdepan dengan tekanan politik dan ekonomi dari kerajaan pusat .

12. Kelantan sebagai contoh , mampu berdikari , bijak berjimat dan tabah mencari dana sehingga mampu bertahan selama 20 tahun memerintah serta mentadbir dalam tekanan yang hebat dari kerajaan pusat yang kononnya memperjuangkan ketuanan melayu . Dulunya mereka menempelak bagaimanalah Kelantan mampu bertahan kerana ia dipimpinan hanya oleh seorang Tok Guru Pondok dan mereka bertaruh kononnya Kelantan hanya mampu bertahan 3 bulan sahaja ? Realitinya , kerajaan itu telah berusia lebih 20 tahun .

13. Ironinya , 20 tahun itu berlangsung dengan membesar dan membangun malah mampu melunaskan hutang kerajaan negeri kepada kerajaan pusat yang tidak pernah henti menindasnya. Sekaligus memperbaiki kedudukan di carta kemiskinan negara , bukan lagi kedua miskin tetapi kini telah berada pada tangga keenam . Terengganu yang kini saban waktu dibekalkan wang ehsan oleh kerajaan UMNO dan BN kekal berada pada tangga kedua negeri termiskin di negara kita . Entah kemana duit minyak itu diangkut ?

14. Kalau boleh saya tanya soalan nakal , saya nak tanya .... kerajaan menaikan harga minyak ni betul betul kerana harga minyak di pasaran dunia naik atau kerana negara habis duit buat main kapal layar di Terengganu ? habis duit buat main jet di Langkawi ? maaf , saja saja jer tanya ! kerana sedar soalan ini agak nakal .
Posted by Nasrudin Hassan at Tantawi at 06:28

Sumber:
Ustaz Nasrudin Hassan at Tantawi


Read more...

Friday, December 3, 2010

Isu Non Muslim Membaca Terjemahan al-Quran


"Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) ingin memberikan ulasan berkaitan isu yang sedang dihebohkan oleh media massa milik UMNO pada hari ini berkenaan seorang perwakilan non Muslim yang membaca terjemahan al-Quran di Kongress Tahunan PKR yang lepas. Terjemahan yang kurang tepat yang dibaca oleh perwakilan tersebut telah dijadikan isu besar oleh pemimpin-pemimpin UMNO dan dianggap sebagai satu perbuatan yang telah menghina kesucian Islam.

* DPPNK menyambut baik hasrat golongan non Muslim untuk memetik terjemahan ayat-ayat suci al-Quran di dalam ucapan mereka. Ini membuktikan kebenaran al-Quran diakui oleh mereka sendiri dan diharapkan perbuatan ini semakin mendekatkan mereka untuk mendalami ayat-ayat suci Al-Quran sekaligus mendekati Islam sebagai agama yang benar yang datangnya daripada Allah SWT.

* DPPNK bagaimanapun kesal dengan sikap pimpinan UMNO yang seolah-olah menghukum dengan mutlak bahawa bahawa non muslim tidak boleh membaca ayat-ayat suci al-Quran mahupun terjemahannya. Hakikatnya, samada muslim ataupun tidak, adalah dilarang memetik dengan salah terjemahan ayat-ayat suci al-Quran.

* Isu perwakilan PKR tersebut yang membaca ayat-ayat suci al-Quran sepatutnya diselesaikan dengan cara yang baik agar tidak menjauhkan non muslim daripada Islam. Mereka perlu dibimbing di dalam memetik ayat-ayat suci al-Quran dan bukannya dengan menjatuhkan hukuman secara mutlak agar tidak membaca al-Quran.

* DPPNK ingin mengajukan pertanyaan kepada pimpinan UMNO yang kononnya hebat memperjuangkan kesucian Islam, di manakah mereka pada saat tafsiran al-Quran diselewengkan oleh seorang Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia di program Wacana Perdana anjuaran Kerajaan Negeri Kelantan di Kota Bharu pada 10 Julai 2010 yang lepas? Bahkan apabila ditegur oleh bekas Mufti Perlis yang turut menjadi panelis, beliau masih lagi mempertahankan penyelewengan tersebut dengan alasan perbezaan pandangan ulama.

* Di manakah cerdik pandai UMNO ketika isteri Perdana Menteri sendiri menjadi penaung kepada Islamic Fashion Festival yang menampilkan fesyen yang tidak menutup aurat dan menayangkan tulisan nama Muhammad dalam posisi yang terbalik? Tidakkah ini sebesar-besar penghinaan terhadap Islam?

* Di manakah ulama-ulama UMNO pada ketika media massa menayangkan gambar isteri Perdana Menteri membaca al-Quran di majlis khatam al-Quran di bulan Ramadhan yang lepas dengan memakai pakaian yang tidak menutup aurat? Adakah ini halal di sisi ulama-ulama UMNO?

* Perbuatan-perbuatan tersebut jelas sekali merupakan satu kesilapan dan penghinaan terhadap kesucian al-Quran dan lebih teruk lagi dilakukan oleh mereka yang beragama Islam dan bertaraf pimpinan? Justeru, DPPNK menganggap UMNO hanyalah bersifat hipokrit di dalam isu ini dan sama sekali tidak berhasrat untuk membela kesucian al-Quran dan Islam itu sendiri.


Yang Berhormat Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman

Ketua,

Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan.


Bertarikh : 2 Disember 2010 / 25 Zulhijjah 1431 "


Read more...

Thursday, December 2, 2010

Hijau Daun- Bunda


setiap orang mempunyai insan yang bernama
ibu,bunda,ummi.
walaupun ketiga-tiga perkataan itu berbeda,
namun maksudnya sama.
Dia adalah insan yang banyak berjasa,
Dia adalah insan yang melahirkan kita
ke dunia fana ini.
Sungguh, jasa bunda tak terbalas.

Lantas, lagu "Hijau Daun- Bunda" ini ditujukan untuk
bunda2 diluar sana, khususnya pada bunda m3
yang tak kenal erti penat lelah
dalam membesarkan m3.

Lirik:
ku buka album biru
penuh debu dan usang
ku pandangi semua gambar diri
kecil bersih belum ternoda

pikirku pun melayang
dahulu penuh kasih
teringat semua cerita orang
tentang riwayatku

* kata mereka diriku selalu dimanja ow
kata mereka diriku selalu ditimang

nada-nada yang indah
selalu terurai darinya
tangisan nakal dari diriku
takkan jadi deritanya

tangan halus dan suci
tlah mengangkat tubuh ini ooh
jiwa raga dan seluruh hidup
tlah dia berikan oohh

repeat *

** oh bunda ada dan tiada dirimu
kan selalu ada di dalam hatiku

repeat *, **

oow di dalam hatiku

(oh bunda ada dan tiada dirimu
kan selalu di dalam hatiku)

di dalam hatiku

DOwnload Lagu Hijau Daun-Bunda:
CLICK HERE


Read more...

Tuesday, November 30, 2010

Apa cerita Galacticos??






HAHA!

Padan muka Real Madrid.

Kena belasah dengan Barcelona,

5-0.


macam Barcelona lawan LAOS je..haha

pape pon, memang hangat perlawanan semalam.

dicemari dengan banyak insiden pergaduhan.

Tapi aku rasa yang jadi punca semua ni,

Cristiano Ronaldo, sebab dia yang mula2 mencetuskan

kekecohan apabila dia menolak pengurus Barca.

Banyak kad kuning yang dilayangkan referee.

Ada 1 kad merah untuk Ramos( Real Madrid),

bila Ramos dengan jelas nampak dia sengaja menendang

Lionel Messi( Barcelona).

Anyway, congratz untuk pemain Barca,

korang memang Champion!^^

Sape2 yang tak tengok match semalam,

boleh download link i bawah:





credit:motd2u

Screenshot:


Messi, banyak membantu Barca dengan hantaran yang superb


Ramos dilayangkan kad merah setelah mengasari Messi


Puyol jatuh ditolak Ramos
>


Read more...