BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, November 21, 2010

Khasiat Kurma


Mengikut hasil kajian sains, khasiat kurma terbukti:

* memanaskan badan
* mencerdaskan tubuh
* mencergaskan minda
* membantu tumbesaran kanak-kanak
* melancarkan perjalanan darah
* menghindari barah
* mencuci hati
* membantu mengurang pengaliran darah semasa kelahiran

Bukan sahaja buah kurma,umbut pokok kurma juga boleh dijadikan makanan dan mempunyai khasiat tersendiri. Jus kurma juga berkesan meredakan tekanan darah tinggi. Kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium yang sesuai untuk wanita sama ada semasa hamil atau selepas bersalin.

Mengikut kajian Dr. Mahmud Nazim al-Nasimy dalam buku Tempoh Mengandung dari segi Perubatan, Fiqhiyah dan Perundangan, khasiat jus kurma antara lain:

* Menolong mencengkam rahim sewaktu kelahiran
* memperkukuhkan urat rahim pada bulan terakhir kehamilan
* membantu memudahkan proses kelahiran bayi
* zat besi dan kalsium dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi yang diperlukan bagi membentuk susu ibu
* bagi ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, memakan buah kurma boleh menggalakkan pertambahan susu
* kurma berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak, pembentukan darah dan sumsum tulang
* kajian juga membuktikan kurma antara makanan paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga

Firman Allah kepada Maryam, ibu Nabi Isa, supaya memakan kurma ketika beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin:

"Dan goncangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia akan gugurkan atasmu kurma yang masak"- (Surah Maryam:25)

p/s: kena makan kurma sentiasa, bukan makan time bulan pose je..=D





1 comments:

armouris said...

lagi info tentang kurma di SIHAT SELALU - Khasiat Kurma